Fluffy Land โ€ข Cyberjaya

Grooming & Boarding Kucing di Cyberjaya

Fluffy Dreams, Happy Cats ๐Ÿฑ

Grooming lembut & profesional oleh groomer terlatih, serta hotel boarding yang bersih dan selesa untuk kucing anda.

Buka Selasaโ€“Ahad, 10:30amโ€“7:30pm ยท Tempah awal, slot terhad

โญ 4.6/5 Google ๐Ÿพ Groomer Terlatih ๐ŸŽ‚ Birthday Treat untuk ahli โ†’
Fluffy Land groomer gently brushing a cat ๐Ÿ˜ป
๐Ÿพ Grooming lembut & penyayang

Apa Kami Tawarkan

Semua keperluan kucing anda ๐Ÿพ

Kenapa Pemilik Kucing Percayakan Kami

Kucing anda di tangan yang baik ๐Ÿพ

Groomer Terlatih Profesional

Groomer kami terlatih secara profesional & berpengalaman mengendalikan pelbagai jenis kucing.

Bersih & Selamat

Persekitaran bersih & selesa yang memastikan setiap kucing gembira dan sihat.

Penjagaan Bebas Tekanan

Layanan lembut & sabar, tiada tergesa-gesa, tiada express grooming. Penjagaan tenang & penuh kasih.

4.6โ˜… di Google

Dipercayai oleh ratusan pemilik kucing di sekitar Lembah Klang.

Fluffy Land staff gently petting a cat by the boarding rooms Fluffy Land staff cradling a cat for nail clipping Fluffy Land staff trimming a long-haired cat Fluffy Land staff with an award-winning cat

๐Ÿค Janji Kami

Setiap kucing dilayan dengan lembut

Staf terlatih kami mengendalikan setiap kucing dengan sabar dan penuh kasih, supaya grooming jadi tenang dan selamat, bukan menakutkan.

  • Tiada gesa, tiada paksa
  • Sabar dengan kucing yang takut atau garang
  • Persekitaran bersih & selamat
  • Tiada express grooming, demi keselamatan kucing

โœ‚๏ธ Servis Grooming

Grooming yang kucing anda akan suka

Setiap pakej dilakukan dengan lembut & penuh kasih sayang. Harga akhir ikut saiz & jenis bulu, jadi WhatsApp kami untuk sebut harga tepat.

Basic Grooming๐Ÿ›

Basic Grooming

Mandi + potong kuku + cuci telinga.

dari RM30 โ†’
Premium Bathโœจ

Premium Bath

Mandi premium dengan conditioner, degreaser, jagaan kuku & telinga.

dari RM80 โ†’
Medicated Treatment๐Ÿฉบ

Medicated Treatment

Rawatan kutu / kulat dengan syampu perubatan & degreaser.

dari RM80 โ†’
Pawfect Grooming๐ŸŒŸ

Pawfect Grooming

Show grooming dengan mandi mewah, serum & trim kaki & punggung.

dari RM140 โ†’
Glamorous Grooming๐Ÿ‘‘

Glamorous Grooming

Grooming mengikut breed standard untuk pertandingan & whitening.

dari RM160 โ†’
Lion Cut & Combcut๐Ÿฆ

Lion Cut & Combcut

Gaya lion cut atau combcut, dengan atau tanpa mandi.

dari RM75 โ†’
Istimewa
Landin Supreme๐Ÿ’Ž

Landin Supreme

Grooming mewah bulu panjang kami dengan pengalaman premium sepenuhnya.

RM300 โ†’
Add-On Treatmentsโž•

Rawatan Tambahan

Whitening, de-tangle, degreaser, trim & lagi.

dari RM10 โ†’

โฑ๏ธ Tiada express grooming, kami tak tergesa-gesa dengan kucing anda. WhatsApp kami untuk senarai harga penuh & sebut harga ikut saiz & bulu kucing anda.

๐Ÿจ Hotel Boarding

Penginapan selesa untuk kucing anda

Pilih dari 9 jenis bilik. Harga adalah per malam.

๐Ÿ’‰ Vaksin adalah wajib. Semua kucing boarding mesti divaksin. Sila bawa kad vaksin kucing anda.

Keahlian

RM10 sekali sahaja. Boarding untuk ahli sahaja.

Update Gambar / Video

Update gambar & video kucing anda, tersedia atas permintaan (upon request).

Diskaun grooming

10% diskaun Premium Bath grooming untuk boarding 4 hari & ke atas.

Check-out

Sebelum 12:00pm. Lewat selepas 1:00pm: +RM15. Tiada caj jika check-out dengan grooming.

Kutu / Kulat

Jika kucing ada kutu/kulat, medicated bath adalah wajib (kos ditanggung pemilik).

Vaksin

Wajib untuk semua tetamu. Sila bawa kad vaksin.

๐Ÿ“ฒ Cara Tempah

Tempah sangat mudah

Hantar kucing untuk grooming atau boarding dalam 3 langkah mudah.

1

Isi borang

Tempah online guna borang ringkas kami, atau WhatsApp kami baka, saiz kucing & servis yang anda mahu.

2

Pilih slot

Kami sahkan tarikh & masa yang ada untuk grooming atau boarding.

3

Bawa kucing anda

Datang pada hari tersebut. Kami jaga kucing anda dengan lembut & penuh kasih.

๐ŸŽ‚ Khas Untuk Ahli

Birthday Treat โ€” hadiah hari jadi untuk ahli ๐ŸŽ‰

Setiap ahli Fluffy Land boleh pusing roda Birthday Treat sekali setahun, dalam bulan hari jadi anda, dan menang hadiah istimewa untuk kucing anda.

โœ‚๏ธ

20% off Grooming Pawfect

Diskaun untuk pakej grooming penuh kami.

๐Ÿ›

15% off Premium Bath

Tambah 5% lagi jika kedai ada promo pada masa itu.

๐ŸŽ

Basic Grooming PERCUMA

Untuk 1 kucing, dan 10% off kucing kedua (yang lebih murah).

๐Ÿจ

15% off Boarding

Diskaun untuk penginapan kucing anda di hotel boarding kami.

Cara ia berfungsi

  • Untuk ahli berdaftar sahaja โ€” keahlian RM10, sekali sahaja (bukan bulanan, bukan tahunan).
  • Satu pusingan setahun, dan hanya dalam bulan hari jadi anda.
  • Isi tarikh lahir anda dalam app member supaya roda tahu ini bulan anda.
  • Hadiah dipilih secara rawak oleh sistem โ€” setiap pusingan tetap dapat sesuatu.
  • Hadiah anda sah selama 30 hari dari tarikh anda pusing.
  • Cuma tunjuk hadiah dalam app anda kepada staff semasa membayar.

๐ŸŽˆ Roda ini ada di dalam app member Fluffy Land. Belum jadi ahli? Daftar dalam app atau tanya staff kami di kaunter.

๐Ÿ“ฑ App Member Fluffy Land

Satu app untuk semua urusan kucing anda

Tempah, jejak tempahan, kumpul stamp loyalti dan tebus hadiah โ€” semuanya di app.fluffyland.my. Percuma, dwibahasa, dan tak perlu muat turun dari App Store atau Play Store.

โœจ

Tempah online

Pilih servis, tarikh dan kucing yang datang โ€” siap dalam beberapa tap.

๐Ÿ“‹

Jejak tempahan anda

Lihat tempahan grooming & boarding anda serta statusnya, bila-bila masa.

๐ŸŽŸ๏ธ

Kad loyalti digital

6 stamp = 1 hadiah (Free Basic Grooming atau Free Premium Bath). Tiada lagi kad kertas yang hilang.

๐ŸŽ‚

Birthday Treat

Pusing roda hari jadi sekali setahun dalam bulan hari jadi anda.

๐ŸŽ

Promo ahli

Tawaran istimewa & promo bermusim keluar dahulu di dalam app.

๐Ÿฑ

Rekod kucing anda

Simpan nama, baka & catatan setiap kucing di satu tempat, supaya kami kenal mereka.

๐Ÿ””

Peringatan

Hidupkan notifikasi untuk peringatan tempahan & tawaran baharu.

๐ŸŽฎ

Fun Time

Game percuma buatan Fluffy Land, untuk anak-anak (dan anda juga).

Mula guna dalam 2 minit

1

Buka app.fluffyland.my

Terus dari pelayar telefon anda. Tiada muat turun, tiada App Store, tiada tunggu.

2

Daftar akaun anda

Daftar dengan emel anda, lengkapkan profil dan tambah kucing anda. Jangan lupa isi tarikh lahir โ€” itu yang membuka Birthday Treat.

3

Pasang ke home screen

Android: menu โ‹ฎ โ†’ โ€œAdd to Home screenโ€. iPhone: Share โ†’ โ€œAdd to Home Screenโ€. Di iPhone, notifikasi hanya berfungsi selepas app dipasang.

โญ Jadi ahli โ€” RM10, sekali sahaja

  • Birthday Treat โ€” pusing roda hari jadi setiap tahun
  • Kad loyalti โ€” kumpul stamp, dapat grooming percuma
  • Diskaun & tawaran khas untuk ahli sahaja
  • Layak menggunakan servis boarding kucing kami

๐Ÿ’ณ Bayar RM10 di kaunter pada lawatan berikutnya, atau guna DuitNow QR dalam app (muat naik resit, staff kami akan luluskan). Nombor ahli & kad loyalti anda muncul dalam app sebaik diluluskan.

Ulasan Sebenar

Apa kata pemilik kucing

Mesej sebenar daripada pelanggan kami yang gembira ๐Ÿ’ฌ Tap untuk baca penuh.

Customer review Customer review Customer review Customer review Customer review Customer review Customer review Customer review

๐Ÿ‘• Juga dari Fluffy Land

Fluffy Land Fashion

Jenama sendiri pakaian kucing custom. Beli online di fluffylandfashion.com.

Cat Baju Melayu๐Ÿงฅ

Baju Melayu Kucing

Pakaian tradisional Melayu untuk kucing anda, sesuai untuk Raya & majlis istimewa.

Cat Bibs๐ŸŽ€

Bib Kucing

Bib comel & selesa, dibuat dengan penuh kasih sayang untuk kawan berbulu anda.

Batik Cat Collars๐Ÿงฃ

Collar Kucing Batik

Collar batik unik Malaysia yang menambah sentuhan warisan untuk kucing anda.

โœจ Semua produk custom made & bangga buatan tangan di Malaysia. Mesej kami untuk reka bentuk & harga.

โ“ Soalan Lazim

Baik untuk tahu

Apa itu Birthday Treat?

Ia hadiah hari jadi kami untuk ahli Fluffy Land. Dalam bulan hari jadi anda, anda boleh pusing roda Birthday Treat dalam app member, sekali setahun, dan menang hadiah seperti 20% off Grooming Pawfect, 15% off Premium Bath, Basic Grooming PERCUMA, atau 15% off Boarding. Hadiah sah 30 hari โ€” cuma tunjuk dalam app semasa membayar.

Kenapa saya tak boleh pusing roda Birthday Treat?

Biasanya salah satu daripada ini: anda belum jadi ahli yang disahkan, tarikh lahir belum diisi dalam profil app, bukan bulan hari jadi anda, atau anda sudah pusing tahun ini. Lengkapkan profil dahulu, dan WhatsApp kami jika masih tak boleh pusing.

Macam mana nak jadi ahli Fluffy Land?

Daftar di app.fluffyland.my, kemudian mohon keahlian dalam app. Yuran RM10 sekali sahaja โ€” bukan bulanan, bukan tahunan. Bayar di kaunter pada lawatan berikutnya, atau guna DuitNow QR dalam app dan muat naik resit. Sebaik staff kami luluskan, nombor ahli, kad loyalti dan Birthday Treat anda muncul dalam app.

Kena download app dari Play Store atau App Store?

Tidak perlu. Cuma buka app.fluffyland.my dalam pelayar telefon anda. Kalau nak rasa macam app biasa, pasang ke home screen: Android menu โ‹ฎ โ†’ โ€œAdd to Home screenโ€, atau iPhone Share โ†’ โ€œAdd to Home Screenโ€.

Macam mana kad loyalti berfungsi?

Ahli mengumpul stamp dalam app โ€” staff kami akan cop selepas setiap lawatan di kedai. 6 stamp melengkapkan satu kad dan anda dapat hadiah: Free Basic Grooming untuk kad pertama, Free Premium Bath untuk kad seterusnya, dan berselang-seli selepas itu. Anda boleh lihat progres bila-bila masa dalam app.

Adakah kucing saya perlu divaksin untuk boarding?

Ya. Vaksin adalah wajib untuk semua kucing boarding. Sila bawa kad vaksin kucing anda semasa check-in.

Boleh saya dapat update masa kucing boarding?

Boleh, update gambar & video di atas permintaan anda.

Adakah anda menawarkan express grooming?

Tidak. Kami tidak menawarkan express grooming. Kami ambil masa untuk pastikan kucing anda di-grooming dengan selamat dan selesa.

Apakah waktu operasi anda?

Kami buka setiap hari Selasa hingga Ahad, 10:30 pagi hingga 7:30 malam. Tutup setiap hari Isnin dan cuti-cuti tertentu.

Boleh ke boarding jika kucing ada kutu?

Kucing yang hendak diboarding hendaklah bebas daripada kutu. Sekiranya sewaktu check in didapati terdapat kutu pada kucing, anda perlu membuat medicated bath dan meletakkan ubat kutu, atau pihak Fluffy Land boleh membatalkan tempahan boarding anda.

Berapa lama masa untuk grooming?

Kami tiada masa spesifik untuk grooming. Ia bergantung kepada keadaan kucing anda.

Kenapa kucing overgrooming?

Over-grooming biasanya tanda stres, bosan, alahan kulit, kutu, atau kesakitan. Jika berterusan sampai botak atau luka, sebaiknya rujuk vet untuk kenal pasti punca.

Kenapa kucing keluar saliva?

Air liur boleh keluar bila kucing rasa relax atau manja, tetapi juga boleh jadi tanda masalah gigi atau gusi, loya, atau termakan sesuatu yang pahit. Air liur berlebihan dan berterusan patut diperiksa vet.

Kenapa kucing sakit tak boleh mandi?

Kucing yang sakit atau lemah tidak digalakkan mandi kerana grooming menambah stres dan boleh memburukkan keadaannya, contohnya demam, lemah, atau lepas pembedahan. Kami utamakan keselamatan kucing, jadi eloklah ia pulih dahulu.

Kenapa kena ada vaccine card untuk boarding?

Boarding mengumpulkan ramai kucing di satu tempat, jadi kad vaksin wajib untuk memastikan semua kucing sihat dan mengelak penyebaran penyakit berjangkit. Ia melindungi kucing anda dan kucing tetamu lain.

Kenapa kena bawa makanan sendiri, baju atau blanket?

Makanan sendiri mengelak masalah perut kerana kucing sensitif dengan pertukaran makanan secara mengejut. Baju atau selimut berbau rumah pula membuatkan kucing rasa selamat dan kurang stres semasa menginap.

Kenapa kucing tiba-tiba garang, dekat rumah okay je, korang buli dia ke?

Kami tidak pernah membuli kucing, sebaliknya kami melayannya dengan lembut dan sabar. Kucing memang berkelakuan berbeza di tempat asing: bunyi, bau dan sentuhan grooming seperti air, dryer dan gunting boleh menakutkannya walaupun ia jinak di rumah. Ini reaksi semula jadi, bukan tanda ia dianiaya.

Kenapa ada earmites? Kucing saya indoor?

Kutu telinga sangat mudah berjangkit melalui sentuhan dengan haiwan lain, barang, atau dibawa masuk oleh manusia seperti pada kasut dan baju. Jadi kucing indoor pun masih boleh dapat. Ia bukan tanda kucing anda kotor.

Kenapa ada charge additional large size, kedai lain takda charge pun?

Kucing bersaiz besar atau super large mengambil lebih masa, lebih syampu dan lebih tenaga untuk di-grooming dengan betul dan selamat. Caj tambahan ini menggambarkan kerja sebenar yang terlibat supaya kualiti dan keselamatan sentiasa terjaga.

Kenapa lambat siap? Saya ada meeting ni, nak cepat!

Kami faham anda mungkin terkejar masa, tetapi grooming kucing tidak boleh digesa kerana kucing perlu dilayan lembut supaya tidak cedera atau trauma. Kami sarankan anda tempah awal dan elak menghantar pada hari anda ada urusan penting.

Tak boleh buat cepat-cepat ke? Dalam masa 30 minit boleh? Kucing saya baik je.

Walaupun kucing anda jinak, grooming yang selamat dan menyeluruh seperti mandi, mengeringkan bulu sepenuhnya, memotong kuku dan mencuci telinga memerlukan masa. Bulu yang tidak kering sepenuhnya boleh menyebabkan kulat. Kami tidak menawarkan express grooming demi kebaikan kucing anda.

Kenapa kucing saya semi long? Saya tengok pendek je?

Jenis bulu ditentukan oleh struktur dan ketebalan bulu, bukan sekadar panjang yang kelihatan. Sesetengah kucing nampak pendek tetapi sebenarnya semi-long kerana lapisan bulu dalamannya. Ini mempengaruhi masa dan usaha grooming, jadi ia diambil kira dalam harga.

Double coat tu apa?

Double coat ialah kucing yang mempunyai dua lapisan bulu, iaitu lapisan dalam (undercoat) yang lebat dan lembut, serta lapisan luar yang lebih panjang. Bulu jenis ini lebih tebal, mudah kusut dan mengambil masa lebih lama untuk di-grooming.

Polyp tu apa?

Polyp ialah ketumbuhan kecil, biasanya bukan kanser, yang boleh tumbuh dalam telinga, hidung atau tekak kucing. Ia boleh menyebabkan kucing menggaru telinga, bersin, atau bermasalah bernafas. Jika disyaki, sila rujuk vet untuk pemeriksaan.

Kenapa kucing stress selepas grooming atau boarding?

Selepas grooming atau boarding, kucing mungkin nampak murung, suka bersembunyi atau kurang aktif seketika. Ini normal kerana itu cara kucing menyesuaikan diri selepas pengalaman dan persekitaran baru. Ia biasanya pulih dalam sehari dua dengan rehat dan kasih sayang di rumah.

Kenapa kucing murung selepas lion cut?

Sesetengah kucing berubah perangai selepas lion cut kerana ia terasa berbeza. Kehilangan bulu mengubah cara ia merasai suhu dan sentuhan, dan kadangkala ia rasa kurang yakin. Ini sementara sahaja, bulu akan tumbuh semula dan kucing akan kembali ceria.

๐Ÿ“ Kunjungi Kami

Datang jumpa kami ๐Ÿพ

๐Ÿ“

Alamat

E-G-35, Biz Avenue 2 Neocyber, Block E,
Lingkaran Cyber Point Barat,
63000 Cyberjaya, Selangor

๐Ÿ•™

Waktu Operasi

Selasa โ€“ Ahad: 10:30am โ€“ 7:30pm
Isnin: Tutup

๐Ÿ’ฌ

WhatsApp / Telefon

+60 19-522 8917

๐Ÿ“ฑ
Chat di WhatsApp