Sebagai permulaan, admin nak kongsikan sedikit sebanyak tentang Fluffy Land.
Fluffy Land ni di tubuhkan oleh sepasang suami isteri yang memang minat dengan kucing. Mula nya sebagai hobi dan untuk jadi peneman sampai lah jadi serius dan memulakan operasi penjagaan kucing.
Fluffy Land ni sangat berminat dengan kucing yang berbulu panjang. Tu sebab kalau perasan kami banyak post tentang kucing bulu panjang, tak kira lah grooming atau yang kami pelihara sendiri.
Di Fluffy Land kami ada beberapa kucing berbaka dan kucing tidak berbaka. Persian, maincoon, bengal, british long hair, british short hair, munchkin. (Tapi yang bersijil hanya 5 ekor sahaja)
Dua gambar kat atas ni 3 kucing pertama yang Fluffy Land bela dari kecik. Shine (7tahun) Diamond (7tahun) Topaz (6 Tahun).
Sebab kan minat lebih pada long hair, cara penjagaan pon lebih payah sikit berbanding kucing bulu pendek.
Kene selalu sikat (ini sangat penting supaya bulu tak bergumpal.
Kene mandikan selalu
Kene bagi makanan yang betul dan sesuai untuk jaga bulu dan kulit
Yang bulu putih nak kene jaga supaya tak berkeladak
Kene pastikan selalu ada dengan depa sebab kalau tak mereka akan stress (antara punca bulu gugur). Mula lah x nak makan, merajuk. Kalau nampak kita, die pusing kan muka. Ha tanda merajuk lah tu.
Kene main ngan depa selalu.
Tapi ni kucing awal awal lah. Sekarang kami ada lebih dari 30 ekor 😅. Macam macam baka. Kalau datang Fluffy Land kami ada bukak bilik kecik untuk main dengan kucing kami. Tapi tak semua lah. Bilik kecik. Tp akan berubah penghuninya ikut jadual yg dah ditetapkan. Meh lah datang tau.
Nanti admin share pulak bila Fluffy Land join cat show. Dan apa cat show yang ada kat Malaysia ni ya.
Yang benar,
MEOW
Comentarios