top of page

Cat Show



Haii.. Seperti yang admin bagi tahu dalam post lepas, admin nak share tentang cat show yg Fluffy Land join dan berapa banyak cat show yang ada.


Cat Show ni boleh juga dikatakan sebagai Pertandingan Kecantikan Kucing.


Ada beberapa kategori yang dipertandingkan. Setiap kategori ini bergantung pada jenis pertandingan dan pertubuhan atau persatuan mana yang membuat pertandingan. Apa yang admin share adalah kategori yang kebiasaannya ada bila Fluffy Land sertai :-


1. Kitten Long / Short Hair

  • Semua jenis kucing

  • (4-8 bulan) / (4-6 bulan) / (4-10 bulan)


2. Junior Long / Short Hair

  • Kucing Berbaka yang mempunyai sijil yang berdaftar di mana mana pertubuhan yang sah

  • (8-10 bulan) / (6-10 bulan)


3. Adult Long / Short Hair atau Kategori Terbuka

  • Kucing Berbaka yang mempunyai sijil yang berdaftar di mana mana pertubuhan yang sah

  • Kucing yang tidak mempunyai sijil tapi belum dimandulkan akan dimasukan dalam kategori terbuka.

  • 10 / 11 bulan dan keatas


4. House Hold Pet / Kucing Kampung (Long / Short Hair)

  • Semua jenis kucing yang bukan berbaka jelas dan telah dimandulkan. Dengan kata lain kucing yang telah dimandulkan tidak kira lah kucing yang jumpa tepi jalan ke, atau kucing orng bagi, kucing yang diselamatkan. Asalkan kucing itu sudah dimandulkan dan ada / tidak ada sijil. Bergantung pada jenis dan peraturan pertandingan

  • 6 / 8 bulan dan keatas. Bila dah dimandulkan automatik dikira HHP


5. Altered Long / Short Hair

  • Kucing yang berbaka dan mempunyai sijil tapi telah dimandulkan.

  • 6 / 8 bulan dan keatas


Ramai yang tanya, apa lah yang diorang tengok bila bertanding kucing tu. Semua cantik je 😁. Setiap pertandingan ada cara dan fokus apa yg mereka cari & cara permakahan berbeza. Tapi, biasanya apa yang di lihat adalah


  • Jika kucing berbaka, susuk tubub kucing itu perlu dalam keadaan yang sempurna sesuai dengan baka yang dipertandingkan. Contoh nya kalau kucing parsi, jenis hidung kemek (mcm orng selalu ckp 😅) mata selari dengan hidung, ekor pendek, telinga kecik, jendul nya cantik. Ha lebih kurang mcm tu lah. Warna kucing pun untuk sesetengah pertandingan di ambil kira. Seimbang atau tak dan sebagainya lah

  • Kalau kucing kampung pulak, akan di nilai dari segi berapa cantik atau bersih kucing tu. Dari segi kemasan, perangai nya, aktif ke tak, mcm mana owner present kucing mereka lah senang kata. (Grooming bagi impak yang besar untuk kategori HHP / Kucing kampung ni.



Pertandingan Kecantikan Kucing ni ada International & ada fun show. Biasanya International ni dia kumpul mata dan dipertandingkan juga di beberapa negara yang lain. Kalau untuk fun show lebih kepada suka suka dan kebiasaan nya ada kategori tambahan iaitu Best Grooming Long / Short Hair.



Mana mana pertandingan, untuk setiap kategori, mata tertinggi akan dpt award Best In Show.


PERTANDINGAN DAN LINK YANG KORANG BOLEH CHECK UNTUK PERTANDINGAN YANG ADA


Kelab Meow United - Meow Championship & organize FFF (Feline Fanciers Federation)



CFA - Cat Fanciers' Association


The Official Site of Kelab Kucing Malaysia (KKM)


WCF Malaysia by MCAD


Yang Benar,

MEOW


45 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page